Sunday, November 17, 2013

Ibu. Engkaulah Ratu Hatiku.

        Orang kata aku lahir dari perut mak. (Bukan Org kata, memang betul). Bila dahaga, yang susukan aku, Mak. Bila lapar, yang suapkan aku. Mak. Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku, Mak .
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut, Mak. Bila bangun tidur, aku cari, Mak .
Bila nangis, Orang pertama yang datang, Mak . Bila nak bermanja, aku dekati, Mak . Bila nak bergesel, aku duduk sebelah, Mak. Bila sedih, yang boleh memujuk aku hanya, Mak . Bila nakal, yang memarahi aku, Mak. Bila merajuk, yang memujuk ku cuma, Mak. Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah, Mak. Bila takut, yang tenang kan aku, Mak. Bila nak peluk, yang aku suka peluk, Mak. Aku selalu teringatkan, Mak. Bila sedih, aku mesti telefon, Mak. Bila seronok, Orang pertama aku nak beritahu, Mak. Bila bengang, aku suka luah pada, Mak. Bila takut, aku selalu panggil," Emaaakkkk! "Bila sakit, Orang paling risau adalah, Mak . Bila nak exam, Orang paling sibuk juga, Mak. Bila buat hal, yang marah aku dulu , Mak. Bila ada masalah, yang paling risau, Mak. Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni, Mak. Yang selalu masak makanan kegemaran ku, Mak. Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku, Mak. Yang selalu berleter kat aku, Mak. Yang selalu puji aku, Mak. Yang selalu nasihat aku, Mak. Bila sedih, aku cari, Mak. Bila gagal, aku ceritakan pada, Mak. Bila berduka, aku peluk erat, Emakku. Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” Selalu, Mak ingat kat aku! Entah bila, aku nak telefon mak ! Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk emak! Renungkan : 
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak. Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah." 
Berderai air mata jika kita mendengarnya. Tapi kalau mak sudah tiada."MAKKKKK! RINDU MAKKK! RINDUSANGAT!" Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya? Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya? Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya? Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya? Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya? Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya? Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH IBUNYA! Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
1) Tolong pergi kedai : RM4.002)
2) Tolong jaga adik : RM4.003)
3) Tolong buang sampah : RM1.004)
4) Tolong kemas bilik : RM2.005)
5) Tolong siram bunga : RM3.006)
6) Tolong sapu sampah : RM3.000)
Jumlah : RM1702.00 .

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pendan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkan mu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkan mu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - ...
Mak kita tak pernah pun meminta upahan. Jadi, fikir-fikir kan lah.


Saya sayang MAK saya sangat2 !!


"Copy From Other People"